Pusat bantuan

Cari vendor dalam direktori

Tapis direktori vendor mengikut kategori dan kawasan servis, kemudian hubungi terus melalui WhatsApp atau telefon.

Direktori vendor menyenaraikan pembekal servis yang sudah diluluskan dan berstatus aktif. Setiap kad menunjukkan nama perniagaan, kategori, kawasan servis dan keterangan ringkas, dengan dua butang untuk menghubungi mereka iaitu WhatsApp dan Call. Gunanya bila ada kerja penyelenggaraan yang pasukan sendiri tidak boleh selesaikan.

Langkah

  1. Buka Vendors dari menu operasi.
  2. Taip nama perniagaan dalam kotak carian jika anda sudah tahu siapa yang dicari.
  3. Pilih kategori dari senarai. Yang ada ialah Cleaning, Plumbing, Electrical, Air Conditioning, Renovation, Landscaping, Pest Control, General Maintenance dan Other.
  4. Taip kawasan dalam medan Location untuk menapis ikut kawasan servis yang vendor isikan.
  5. Tekan WhatsApp untuk buka perbualan dengan nombor mereka, atau Call untuk terus mendail.
  6. Jika tiada yang padan, tekan Clear filters dan luaskan semula kategori atau kawasan.

Apa yang ia tidak buat

Direktori ini hanya untuk membaca dan menghubungi. Anda tidak boleh menugaskan vendor kepada sesuatu tugasan operasi dari sini, dan tugasan tidak terpaut kepada mana mana vendor. Tiada sebut harga, tiada pesanan kerja, tiada invois dan tiada rekod kos di dalamnya. Tiada penilaian bintang atau ulasan. Vendor yang berstatus menunggu, digantung atau ditolak tidak muncul di sini langsung. Carian hanya membandingkan nama perniagaan, dan medan Location hanya memadan teks kawasan servis yang vendor tulis sendiri, bukan jarak sebenar dari unit anda.