Pusat bantuan

Hidupkan bayaran online dengan Billplz atau CHIP

Sambung akaun gateway anda sendiri supaya tetamu boleh bayar FPX dan kad terus dari UrusPro.

Bayaran online dalam UrusPro berjalan melalui Billplz atau CHIP, dua duanya meliputi FPX dan kad. Anda pilih satu, masukkan kunci daripada akaun anda sendiri, dan duit masuk terus ke akaun merchant anda. Uji dalam mod Sandbox dahulu, kemudian tukar ke Live.

Pilih gateway

Satu organisasi menjalankan satu gateway aktif pada satu masa. Jika anda menguruskan beberapa brand, setiap organisasi menyimpan tetapannya sendiri dan boleh memilih gateway yang berlainan.

Kalau anda pilih Billplz

  1. Buka Bayaran dan pilih tab Online gateway, kemudian pilih Billplz.
  2. Dari dashboard Billplz, ambil API Secret Key di Settings, Account Settings, dan X-Signature Key di Settings, X Signature. Hidupkan X Signature dahulu supaya kuncinya keluar.
  3. Buat satu Collection di Billplz dan salin Collection ID.
  4. Tampal ketiga tiga nilai itu, pilih mod Sandbox, hidupkan Enable online payment, kemudian simpan.

Kalau anda pilih CHIP

  1. Pilih CHIP pada tab yang sama.
  2. Dari portal CHIP, ambil Secret Key di Developers, API Keys, dan Brand ID di Developers, Brands. Public Key juga dipaparkan di Developers.
  3. Tampal Brand ID, Secret Key dan Public Key, pilih mod Sandbox, hidupkan Enable online payment, kemudian simpan.
  4. Ambil perhatian: Test dan Live menggunakan Secret Key yang berlainan, jadi kunci perlu ditukar apabila anda beralih ke Live.

Sahkan sebelum Live

  1. Buat satu tempahan ujian dalam Sandbox. Apabila ia lulus, tukar mod kepada Live dan simpan semula.

Peraturan bil di tab yang sama

  • Rent due day antara 1 hingga 28, supaya hari itu wujud dalam setiap bulan.
  • Grace days iaitu berapa hari selepas tarikh due sebelum sewa dikira tertunggak.
  • Prorate the first month untuk penyewa yang masuk pertengahan bulan. Baki berpindah ke bulan akhir, jumlah term tidak berubah.
  • Gateway fee boleh ditanggung operator atau ditambah pada bil penyewa, dengan satu kadar rata RM setiap bil.

Apa yang ia tidak buat

Ia tidak membaca penyata bank anda. Bank transfer, DuitNow QR dan tunai kekal direkod secara manual dan tiada padanan automatik. Kunci yang disimpan tidak boleh dilihat semula, hanya ditulis ganti. Biarkan medan kunci kosong jika anda mahu kekalkan kunci lama. Sistem juga tidak membuka akaun Billplz untuk anda dan tidak menyemak sama ada akaun itu sudah lulus proses pengesahan di pihak Billplz.