Set harga weekday, weekend dan musim puncak
Empat lapisan harga, dan urutan mana yang mengatasi mana.
Harga untuk satu malam dipilih mengikut urutan ini, dari yang paling kuat ke paling lemah.
- Harga yang anda tetapkan sendiri untuk malam itu. Ia mengatasi segala galanya, termasuk harga minimum.
- Kadar musim, jika malam itu jatuh dalam julat tarikh musim yang anda tetapkan.
- Kadar hujung minggu, jika malam itu hujung minggu.
- Harga asas unit.
Selepas itu, harga minimum dikenakan sebagai lantai, kecuali pada harga yang anda tetapkan sendiri.
Langkah
- Buka Pricing dan pilih unit.
- Tetapkan harga asas dan, jika perlu, kadar hujung minggu.
- Tetapkan harga minimum. Ini yang menahan kupon dan diskaun daripada menjatuhkan harga di bawah kos anda.
- Tambah kadar musim dengan julat tarikh, contohnya cuti sekolah atau minggu perayaan. Julat tidak boleh bertindih antara satu sama lain.
Kenapa harga saya tidak berubah di Airbnb
Kerana iCal tidak membawa harga. Harga yang ditetapkan di sini digunakan untuk tempahan terus melalui laman anda sendiri. Harga di OTA ditetapkan di OTA.