Semua listing percuma sehingga 31 Disember 2026Sertai komuniti host

Pusat bantuan

Terbitkan feed iCal UrusPro ke saluran lain

Salin pautan .ics UrusPro ke Airbnb, Booking.com atau Agoda supaya tempahan terus menutup tarikh di sana.

Setiap unit di UrusPro mempunyai satu pautan kalendar keluar yang berakhir dengan .ics. Tampal pautan itu di Airbnb, Booking.com atau Agoda supaya tempahan terus dan tarikh yang anda tutup di UrusPro turut ditutup di sana. Ini separuh kedua sync dua hala.

Di mana pautan itu?

  1. Di UrusPro, buka Houses dan pilih penyenaraian.
  2. Tekan Edit, kemudian tab Availability, bahagian Calendar sync.
  3. Salin pautan feed keluar. Ia kelihatan seperti https://uruspro.com/cal/xxxx.ics.

Tampal di setiap saluran

  • Airbnb: Availability, Sync calendars, Import calendar. Tampal pautan, beri nama UrusPro, simpan.
  • Booking.com: Rates and availability, Sync calendars, tambah sambungan kalendar dan tampal pautan.
  • Agoda: Agoda Partner Portal, Calendar, Calendar Connections. Tampal pautan, isi nama kalendar, kemudian pilih Import.

Agoda kata pautan tidak sah?

Agoda hanya menerima pautan yang berakhir dengan .ics. Salin semula pautan dari UrusPro: ia kini sentiasa berakhir dengan .ics. Pautan lama tanpa .ics masih berfungsi di Airbnb dan Booking.com, jadi anda tidak perlu menukarnya di sana.

Jaga pautan itu

Pautan keluar membawa token yang membolehkan sesiapa yang memilikinya membaca tarikh yang ditempah untuk unit itu. Jangan siarkannya di tempat awam. Jika ia terdedah, jana semula pautan tersebut, kemudian tampal pautan baharu di setiap saluran.

Semak ia berjalan

Saluran akan menarik pautan ini beberapa kali sehari mengikut jadual mereka sendiri. Kalendar UrusPro menunjukkan bila setiap feed masuk terakhir berjaya, dan ejen operasi akan memaklumkan anda apabila sesuatu feed sudah lama gagal.