Perbandingan

UrusPro berbanding bergantung pada Airbnb sahaja

Airbnb ialah saluran pemasaran, bukan sistem operasi. Ia bagus untuk mencari tetamu baharu dan mengambil komisen untuk itu. UrusPro ialah tempat anda urus unit, bayaran terus tanpa komisen, sewa bulanan dan kerja harian. Kebanyakan operator guna kedua-duanya.

Di mana Airbnb sahaja masih menang

  • Permintaan sedia ada. Tetamu baharu yang anda tidak perlu cari sendiri.
  • Kepercayaan dan perlindungan pihak ketiga untuk tetamu yang belum kenal anda.
  • Tiada kos bulanan. Anda bayar hanya apabila ada booking.

Kerja demi kerja

KerjaAirbnb sahajaUrusPro
KomisenPeratusan diambil pada setiap booking, selamanya.Booking terus melalui laman anda sendiri tiada komisen. Satu bayaran bulanan sahaja.
Sewa jangka panjangBukan untuk itu. Tiada jadual sewa, deposit atau perjanjian penyewaan.Sewa bulanan penuh dengan bil, deposit, perjanjian dan resit.
Tetamu berulangHubungan dimiliki platform. Mereka tempah semula di sana, dan komisen dibayar lagi.Senarai tetamu anda sendiri, dan laman booking berjenama anda untuk mereka kembali.
Unit di luar platformUnit sewa bulanan dan unit korporat tidak masuk langsung.Semua unit dalam satu kalendar, apa pun jenis stay.
OperasiTiada. Cleaning dan maintenance diuruskan di tempat lain.Tugas, vendor, kos dan status dalam sistem yang sama.

Soalan lazim

Kena ke saya tinggalkan Airbnb kalau guna UrusPro?
Tidak, dan kebanyakan operator tidak. Airbnb kekal sebagai saluran; kalendar sync supaya unit tidak double book, dan booking terus datang melalui laman anda sendiri tanpa komisen.
Macam mana kalendar kekal selari?
UrusPro tarik iCal dari Airbnb dan Booking.com setiap 15 minit, dan menerbitkan kalendar untuk ditarik semula oleh platform lain.

Cuba UrusPro

Starter RM 49 sebulan. Tiada kad kredit diperlukan, berhenti bila bila masa.