UrusPro berbanding spreadsheet
Spreadsheet percuma dan fleksibel, dan cukup untuk satu atau dua unit. Ia gagal apabila kalendar perlu sync dengan Airbnb, apabila bayaran perlu dikutip dan dicatat, dan apabila orang lain perlu guna data yang sama. UrusPro RM 49 sebulan mengambil alih kerja itu.
Di mana Excel dan Google Sheets masih menang
- Percuma, dan anda sudah tahu menggunakannya.
- Boleh dibentuk ikut cara kerja anda sendiri, tanpa had.
- Cukup baik untuk satu atau dua unit dengan booking yang jarang.
Kerja demi kerja
| Kerja | Excel dan Google Sheets | UrusPro |
|---|---|---|
| Elak double booking | Tampal tarikh Airbnb secara manual. Terlepas satu, dua tetamu sampai pada hari yang sama. | iCal sync setiap 15 minit dengan Airbnb dan Booking.com, dan satu kalendar untuk semua unit. |
| Kutip bayaran | Hantar nombor akaun dalam WhatsApp, semak penyata bank, tanda dalam sheet. | Kad, FPX, QR, pindahan bank atau tunai, dengan resit dan invois keluar sendiri. |
| Sewa bulanan | Satu baris per bulan, ditaip semula setiap bulan. Deposit diingat dalam kepala. | Jadual sewa, bil bulanan automatik, deposit, perjanjian penyewaan dan nota kredit. |
| Kerja selepas checkout | WhatsApp kepada cleaner, dan harap dia baca. | Tugas cleaning terbit sendiri selepas checkout, dengan status yang boleh dilihat. |
| Orang lain tolong urus | Hantar salinan fail. Dua salinan, dua kebenaran. | Peranan staf dengan akses terhad pada satu set data yang sama. |
| Tahu untung | Kira sendiri hujung bulan, kalau sempat. | Laporan occupancy, kutipan dan perbelanjaan setiap unit. |
Soalan lazim
- Boleh ke saya import data spreadsheet saya ke UrusPro?
- Boleh. Import listing dari fail Excel atau CSV, atau dari pautan listing sedia ada. Booking lepas boleh dimasukkan secara manual jika perlu.
- Bila spreadsheet masih pilihan yang betul?
- Kalau anda ada satu unit, booking datang sekali sekala, dan anda sendiri yang uruskan semuanya. Kos sebenar spreadsheet muncul apabila ada unit kedua dan orang kedua.
Cuba UrusPro
Starter RM 49 sebulan. Tiada kad kredit diperlukan, berhenti bila bila masa.