UrusPro untuk owner homestay di Brunei
UrusPro boleh digunakan oleh owner homestay dan tuan rumah bilik sewa di Brunei. Harga dalam dolar Brunei: listing pertama percuma, kemudian B$ 4 sebulan setiap listing homestay dan B$ 1.50 setiap bilik sewa. Tetamu bayar melalui pindahan bank, tarus atau QR dan muat naik bukti; anda sahkan dalam UrusPro.
Mula percumaBerapa harga UrusPro di Brunei?
| Listing | Early bird | Harga biasa |
|---|---|---|
| Homestay, harian | B$ 4 | B$ 7 |
| Bilik sewa, bulanan | B$ 1.50 | B$ 2 |
| Harian dan bulanan | B$ 5 | B$ 8.50 |
Bagaimana tetamu membayar di Brunei?
- Pindahan bank, tarus atau kod QR bank anda, dengan bukti bayaran dimuat naik oleh tetamu
- Anda sahkan setiap bayaran dalam UrusPro, dan resit dihantar secara automatik
- Belum ada gerbang pembayaran dalam talian untuk Brunei
Apa yang sama seperti di Malaysia?
- Laman tempahan sendiri, kalendar dan sync iCal dengan Airbnb dan Booking.com
- Sewa bulanan: jadual sewa, deposit, perjanjian dan resit
- Operasi harian, pasukan dan peranan, laporan
Apa yang berbeza di Brunei?
- Tiada FPX, DuitNow atau bayaran kad dalam talian
- Panduan cukai dan duti setem di laman ini ditulis untuk Malaysia, bukan Brunei
- Alamat ikut daerah Brunei dan poskod seperti BS8811
Soalan lazim
Listing pertama percuma. Selepas itu harga early bird B$ 4 sebulan setiap listing homestay, B$ 1.50 setiap bilik sewa dan B$ 5 bagi listing yang disewa harian dan bulanan. Semua listing percuma sehingga 31 Disember 2026.