UrusPro untuk tuan rumah di Singapura
UrusPro boleh digunakan oleh tuan rumah bilik sewa dan pengendali penginapan di Singapura. Harga dalam dolar Singapura: listing pertama percuma, kemudian S$ 1.50 sebulan setiap bilik sewa dan S$ 4 setiap listing harian. Penyewa bayar dengan PayNow atau kad melalui akaun HitPay anda sendiri. Tiada komisen setiap tempahan.
Mula percumaBerapa harga UrusPro di Singapura?
| Listing | Early bird | Harga biasa |
|---|---|---|
| Homestay, harian | S$ 4 | S$ 7 |
| Bilik sewa, bulanan | S$ 1.50 | S$ 2 |
| Harian dan bulanan | S$ 5 | S$ 8.50 |
Bagaimana tetamu membayar di Singapura?
- PayNow dan kad melalui akaun HitPay anda sendiri, wang masuk terus ke akaun bank anda
- Pindahan bank dan tunai direkod secara manual
- Jumlah dalam S$, termasuk jadual sewa, deposit dan resit
Apa yang sama seperti di Malaysia?
- Laman tempahan sendiri, kalendar dan sync iCal dengan Airbnb dan Booking.com
- Sewa bulanan: jadual sewa, deposit, perjanjian dan resit
- Operasi harian, pasukan dan peranan, laporan
Apa yang berbeza di Singapura?
- Tiada FPX atau DuitNow; bayaran dalam talian melalui HitPay sahaja
- Panduan cukai dan duti setem di laman ini ditulis untuk Malaysia, bukan Singapura
- Rumah persendirian tidak boleh disewa kurang dari 3 bulan dan flat HDB kurang dari 6 bulan, jadi kebanyakan tuan rumah guna UrusPro untuk sewa bilik bulanan
Soalan lazim
Listing pertama percuma. Selepas itu harga early bird S$ 1.50 sebulan setiap bilik sewa, S$ 4 setiap listing harian dan S$ 5 bagi listing yang disewa harian dan bulanan. Harga biasa S$ 2, S$ 7 dan S$ 8.50. Semua listing percuma sehingga 31 Disember 2026.