Sambungkan kalendar Airbnb ke UrusPro
Tarik kalendar Airbnb masuk supaya tarikh yang ditempah di sana tertutup di sini.
Sambungan ini menarik kalendar Airbnb masuk ke UrusPro. Ia satu hala sahaja: untuk menutup tarikh di Airbnb apabila anda menerima tempahan terus, anda juga perlu menerbitkan feed keluar UrusPro.
Langkah
- Di Airbnb, buka penyenaraian, pergi ke Availability, kemudian Sync calendars, dan salin pautan Export calendar. Pautan ini per penyenaraian, bukan per akaun.
- Di UrusPro, buka Kalendar, pilih unit yang sama, dan tambah pautan itu sebagai feed masuk.
- Simpan. Import pertama berjalan serta merta; selepas itu ia berulang setiap 15 minit.
Berapa lama sebelum tarikh muncul
Sehingga 15 minit, dan kadangkala lebih lama kerana Airbnb menerbitkan fail kalendarnya mengikut jadualnya sendiri. Untuk tarikh yang bermula dalam masa sehari dua, blok manual lebih selamat daripada menunggu satu pusingan sync.
Apa yang iCal tidak bawa
Nama tetamu, harga dan butiran bayaran. iCal membawa tarikh dan status sahaja, jadi tempahan Airbnb akan kelihatan sebagai blok pada kalendar anda, bukan sebagai rekod tempahan penuh.