Ciri

Harga, hujung minggu dan musim puncak

Setiap unit mempunyai harga asas, kadar hujung minggu berasingan, kadar musim mengikut julat tarikh, dan harga minimum yang menjadi lantai. Kadar musim mengatasi kadar hujung minggu, dan harga yang anda tetapkan sendiri untuk satu malam mengatasi kesemuanya, termasuk lantai.

Dalam portal host, ini modul Pricing.

Apa yang ia buat

  • Harga asas per unit, dengan kadar weekday dan weekend berasingan.
  • Kadar musim mengikut julat tarikh, contohnya cuti sekolah atau perayaan.
  • Harga minimum yang menahan diskaun daripada jatuh terlalu rendah.
  • Harga satu malam yang ditetapkan sendiri, apabila anda tahu lebih baik daripada peraturan.
  • Cadangan harga berdasarkan permintaan pada tarikh berkenaan.

Apa yang ia tidak buat

  • Harga tidak berubah sendiri. Cadangan dipaparkan, anda yang memutuskan.
  • Harga tidak ditolak ke Airbnb atau Booking.com, kerana iCal tidak membawa harga.

Istilah berkaitan

Cuba UrusPro

Starter RM 49 sebulan. Tiada kad kredit diperlukan, berhenti bila bila masa.