Templat peraturan rumah untuk bilik dan rumah sewa
Peraturan rumah ialah senarai perkara yang setiap penyewa setuju patuhi selama tinggal di rumah itu: kebersihan ruang kongsi, waktu senyap, pelawat, merokok, barang yang dilarang dan tempat letak kenderaan. Templat ini mengandungi 17 peraturan yang digunakan dalam perjanjian sewa lalai UrusPro, dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.
Lampirkan pada perjanjian sewa dan tampal di ruang kongsi supaya setiap penyewa membaca peraturan yang sama.
PERATURAN RUMAH
[Nama atau alamat rumah]
1. Penyewa mesti memastikan premis dan bilik sentiasa bersih dan kemas.
2. Penyewa mesti mengunci bilik dan pintu premis setiap kali masuk atau keluar.
3. Penyewa bertanggungjawab menjaga barang peribadi masing-masing. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kehilangan.
4. Penyewa mesti memastikan dapur, bilik air, ruang makan dan ruang kongsi lain sentiasa bersih dan kemas. Penyewa mesti mencuci pinggan mangkuk sendiri sejurus selepas digunakan.
5. Merokok DILARANG SAMA SEKALI di dalam rumah.
6. Penyewa tidak boleh menyimpan barang mudah terbakar atau menyalahi undang-undang di dalam premis atau bilik, seperti dadah, alkohol, dapur induksi dan penyejuk udara mudah alih.
7. Penyewa tidak boleh mengalih atau merosakkan perabot dan peralatan di dalam premis.
8. Waktu senyap ialah 11 malam hingga 8 pagi pada hari bekerja, dan 11 malam hingga 11 pagi pada hujung minggu. Dalam waktu ini penyewa tidak boleh memainkan muzik kuat, mengendalikan mesin berat atau membuat bunyi bising yang mengganggu jiran.
9. Pelawat tidak dibenarkan masuk ke premis tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada [nama pemilik] dengan sebab yang munasabah.
10. Penyewa mesti menjaga unit supaya tidak menimbulkan bahaya kebakaran atau kesihatan, termasuk bau busuk.
11. Penyewa tidak boleh membawa haiwan peliharaan ke dalam rumah.
12. Semua sampah mesti dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan.
13. Penyewa tidak boleh melakukan apa-apa yang mengganggu jiran.
14. Penyewa mesti menjaga semua perabot dan barang yang disediakan. Kerosakan akan ditolak daripada deposit.
15. Aktiviti dan barang yang menyalahi undang-undang, seperti dadah, DILARANG SAMA SEKALI di dalam rumah.
16. Penyewa mesti mendaftar kenderaan (jika ada) dan tidak boleh menghalang laluan masuk atau menyusahkan jiran pada bila-bila masa.
17. Penyewa mesti menutup lampu dan kipas di ruang kongsi selepas digunakan.HOUSE RULES
[House name or address]
1. Tenants must keep the premise and room clean and tidy at all times.
2. Tenants must lock their room and the premise doors every time they enter or leave the room or premise.
3. Tenants are responsible for safekeeping their personal belongings. We do not take responsibility for any losses of items.
4. Tenants must keep the kitchen, bathroom, dining room and other shared rooms clean and tidy at all times. Tenants must wash their own dishes immediately after use.
5. Smoking is STRICTLY prohibited in the house.
6. Tenants must not keep any flammable or illegal items in the premise or room such as drugs, alcohol, induction cookers, air coolant, etc.
7. Tenants must not move or damage any furniture and equipment in the premise.
8. Quiet hours shall be 11pm to 8am on weekdays, and 11pm to 11am on weekends. During these hours, tenants may not play loud music, operate heavy machinery, or make any loud noises which may disturb their neighbours.
9. All visitors are not allowed to enter the premise unless prior permission has been obtained from [owner name] with a valid reason.
10. Tenants shall maintain their apartments in a condition that does not create a fire and/or health hazard, including repulsive odours.
11. Tenants must not bring any pets into the house.
12. All rubbish must be placed in the rubbish bin provided.
13. Tenants must not do anything that is a nuisance to the neighbours.
14. Tenants must take care of all furniture and items provided, otherwise there will be a deduction from the deposit.
15. Illegal activities and items, such as drugs, are STRICTLY prohibited in the house.
16. Tenants must register their vehicle (if any), and shall not block the driveway or cause any inconvenience to the neighbours at any time.
17. Tenants must turn off lights and fans after use in the common areas.Soalan lazim
- Bolehkah saya ubah peraturan dalam templat ini?
- Boleh. Buang peraturan yang tidak sesuai dengan rumah anda dan tambah yang perlu, contohnya waktu senyap yang berbeza atau kebenaran membawa haiwan. Pastikan versi yang dilampirkan pada perjanjian sama dengan yang ditampal di rumah.
- Di mana peraturan rumah patut diletakkan?
- Sebagai lampiran perjanjian sewa supaya penyewa menandatanganinya, dan salinan di ruang kongsi seperti dapur atau pintu masuk supaya mudah dirujuk.
- Adakah peraturan rumah ini nasihat undang-undang?
- Tidak. Ini templat umum untuk bilik dan rumah sewa di Malaysia. Untuk perjanjian yang mengikat, dapatkan nasihat peguam.
- Bagaimana UrusPro menggunakan peraturan ini?
- Peraturan ini ialah sebahagian daripada perjanjian sewa lalai dalam UrusPro. Tuan rumah boleh menukar wordingnya dalam tetapan, dan setiap perjanjian yang ditandatangani menyimpan wording pada hari ia ditandatangani.
Biar UrusPro isi untuk anda
Surat dan resit dijana daripada rekod penyewa, siap dengan nama, jumlah dan tarikh. Rumah pertama percuma. RM 19 sebulan untuk setiap rumah seterusnya. Tiada komisen setiap tempahan.